STARBUCKS COFFEE




STARBUCKS COFFEE



    Starbucks Coffee diasaskan pada tahun 1971 oleh Jerry Baldwin, Zev Siegl, dan Gordon Bowker di Pasar Pike Place Seattle. Selain minuman dan makanan, kedai ini juga  menjual barangan rasmi Starbucks, seperti cawan, gelas,  sudu dan mesin kopi. Antara barangan rasmi yang paling menjadi kegilaan orang ramai ialah tumbler . Walaupun harganya agak mahal sehinggakan harganya mencecah ratusan rinngit dari tumbler yang sedia ada di pasaran , orang ramai tetap memilih tumbler keluaran Starbucks untuk kegunaan mereka seharian .Sehingga November 2022, syarikat itu mempunyai 35,711 kedai di 80 negara, 15,873 daripadanya terletak di Amerika Syarikat.Kebangkitan gelombang kedua budaya kopi biasanya dikaitkan dengan Starbucks, yang memperkenalkan pelbagai pengalaman kopi yang lebih luas. Starbucks menyajikan minuman panas dan sejuk, kopi kacang penuh, kopi segera dikisar mikro, espreso, caffe latte, teh penuh dan daun longgar, jus, minuman Frappuccino, pastri dan makanan ringan. Sesetengah tawaran adalah bermusim atau khusus untuk lokasi kedai. Bergantung pada negara, kebanyakan lokasi menyediakan akses Internet Wi-Fi percuma.


      Starbucks Malaysia menawarkan pengalaman minum kopi unik yang berbeza daripada kedai kopi lain. Dengan lebih daripada 325 kedai yang tersebar di seluruh negeri , Starbucks Malaysia menawarkan pelbagai pilihan menu yang boleh disesuaikan dengan citarasa pengunjung, daripada minuman kopi panas hingga minuman ais segar yang menyegarkan. Starbucks Malaysia juga menawarkan pelbagai pilihan makanan ringan, seperti sandwic, roti dan pastri yang boleh dipasangkan dengan minuman kegemaran pengunjung. Di samping itu, Starbucks juga menawarkan pilihan menu Starbucks yang sihat, seperti yogurt dan buah-buahan segar, untuk pengunjung yang ingin memilih menu yang lebih sihat. Dengan suasana yang selesa dan menyenangkan, Starbucks Malaysia ialah tempat yang sesuai untuk berehat sambil menikmati hidangan lazat dan minuman kopi yang lazat.




SEJARAH STARBUCKS DI MALAYSIA

     Sejarah Starbucks di Malaysia bermula pada 17 Disember 1998 , ketika kedai starbucks pertama dibuka di KL Plaza, Kuala Lumpur . Kedai ini dioperasikan oleh Berjaya Starbucks Coffee Company Sdn. Bhd. yang merupakan pemberi lesen bagi Starbucks Coffee International Inc. Sejak itu , Starbucks Coffee telah berkembang dengan jayanya ke semua negeri dan Wilayah di Malaysia . Menariknya , Malaysia telah menjadi tuan rumah rumah kepada Starbucks Signing Store pertama di dunia , yang terletaknya di Bangsar Village II. Pada Januari 2022 , Starbucks telah membuka lebih daripada 340 kedai di Malaysia dengan hampir mempunyai 5000 pekerja. Mereka juga merayakan ulang tahun ke-25 mereka pada Januari 2024 .





MENU DAN HARGA

     Di Starbucks Coffee menawarkan banyak pilihan menu yang menarik antaranya kek , pastri , sandwich dan paling utama air kopi espresso yang menjadi menu utama di Starbucks. Namun demikian , pada era sekarang kebanyakkan pelanggan Starbucks Coffee lebih gemar untuk mengubah suai menu mengikut citarasa mereka tersendiri . Terdapat pelbagai resipi air di dalam media sosial .

- ESPRESSO & COFFEE

Menu ItemGrande (RM)Venti (RM)
Asian Dolce Latte18.5520.15
Caffè Americano12.2013.80
Caffè Latte15.9017.50
Caffè Mocha17.5019.10
Caramel Macchiato18.0019.60
Cold Brew14.3015.90
Vanilla Sweet Cream Cold Brew15.9017.50
Doubleshot Iced Shaken Espresso (7 Oz)15.90



- CHOCOLATE BEVERAGE

Menu ItemGrande (RM)Venti (RM)
Iced Signature Chocolate15.9017.50
Starbucks® Signature Hot Chocolate15.9017.50


- FRAPPUCINO

Menu ItemGrande (RM)Venti (RM)
Caramel Frappuccino17.5019.10
Chocolate Cream Chip Frappuccino19.6021.20
Java Chip Frappuccino Blended Coffee19.6021.20
Espresso Frappuccino Blended Coffee17.5019.10
Mocha Frappuccino Blended Coffee17.5019.10
Caramel Cream Frappuccino16.4518.00
Green Tea Crème Frappuccino19.6021.20
Vanilla Cream Frappuccino16.4518.00
Asian Dolce Frappuccino19.6021.20
Caramel Macchiato Frappuccino20.6522.25
Raspberry Blackcurrent Frappuccino16.9518.55
Mango Passion Frappuccino16.9518.55
Dark Mocha Frappuccino19.6021.20



- SIGNATURE CAKE

Harga (RM)
Red Velvet Cake17.94
Neopolitan Cake19.58
Chocolate Tuxedo Truffles17.94
Tiramisu16.98
Peanut Butter Chocolate Cake19.58
Hazelnut Chocolate Cake19.58
Macaron (Strawberry/Vanilla/Chocolate)19.58
Dato Fazley’s Kuih Bakar Burnt Cheesecake19.58
Vegan Mocha Coconut Cake19.58
Tropical Paradise19.58
Doubleshot Espresso Burnt Cheesecake19.58
Berry-licious Cheesecake16.98
Heavenly Caramel Cheesecake16.98
Triple Chocolate Cheesecake16.98
Choco-Choco Brownie13.98

- SIGNATURE PASTRY

Menu ItemHarga (RM)
Donut Duo
RM10.00
Trio Muffin
RM25.00
Donut²
RM5.48
Chocolate Lava Muffin
RM10.27
Jumbo Croissant
RM6.65
Chic O Cheese
RM10.64




RESEPI STARBUCKS VIRAL

Antara contoh resepi starbucks yang anda boleh cuba apabila anda mengunjungi Starbucks .



    Antara menu makanan Starbucks yang anda boleh mencuba





TOP 5 STARBUCKS COFFEE OUTLET PULAU PINANG

                                                                                                         (cawangan Starbucks Coffee di Pulau Pinang)
                                           
      Starbucks Coffe Cafe ini sudah tidak asing lagi pada pandangan masyarakat ni Malaysia . Ini kerana cawangan Starbucks Coffee terdapat banyak di serata tempat seperti di dalam pusat beli belah , di pinggir jalan dan di tempat pelancongan .

     Di Pulau Pinang terdapat beberapa cawangan Starbucks Coffee yang sering dikunjungi kerana lokasinya yang strategik contohnya , Starbucks Coffe Batu Feringghi dan Starbucks Coffee Jalan Green Hall . Di sini saya kemukakan antara The best Starbucks Coffee Shop di Pulau Pinang dengan konsep kedainya yang sangat unik dan lain dari kedai kopi yang lain .

   Di sini saya ingin berkongsi hasil perkongsian seorang pengguna aplikasi X (Twitter) iaitu @Joshuawsz mengenai cawangan Starbucks Coffee yang unik dari segi bina banggunannya dan konsep hiasan dalam kedai yang lain dari yang lain . Ini dapat menarik minat para pengunjung yang berkunjung ke Pulau Pinang untuk merasai sendiri dan melihat keunikan kedai tersebut sediakan .



1. Starbucks Coffee Eco Horizon , Bandar Cassia , Batu Kawan




2. Starbucks Icon City , Bukit Mertajam





3. Starbucks Green Hall , George Town





4. Starbucks Batu Ferringhi 





5. Starbucks Jalan Burma
    - Starbucks bahasa isyarat yang ke-4 di seluruh dunia






Ulasan

Catatan Popular