TEALIVE

       TEALIVE - ALWAYS MORE THAN TEA


PENGENALAN


Tealive adalah satu jenama bubble tea yang terkenal di Malaysia. Jenama ini ditubuhkan pada tahun 2017 yang dimiliki oleh Loob Holding Sdn. Bhd dan diasaskan oleh Bryan Loo. Jenama Tealive ini pesat berkembang menjadi jenama pilihan ramai. Antara penyebab utama Tealive menjadi penarik pelanggan untuk memilih jenama ini sebagai bubble tea terbaik ialah pelbagai menu baharu yang menarik untuk dicuba.

Tealive telah menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi yang dapat menciptakan gabungan rasa yang unik. Tealive juga dikatakan sebagai tempat syurga bagi penggemar kopi dan teh.




RECOMMENDED MENU


Pelbagai variasi minuman yang telah dikeluarkan oleh Tealive buat para pelanggan. Antara menu terkenal yang dijual di Tealive adalah teh susu mutiara dan teh-teh berperisa lain seperti...

VARIASI PILIHAN MINUMAN :

Milk Tea
Bang Bang Series
Coffee
Crafted Tea
Smoothies
Coco
Nishio Fine Matcha
Oatsem with Organic Milk
Sparkling Juice
Fruit Tea


TOPPING :

Red Bean
Pudding
Pearl
Oreo
3Q Jelly
Grass Jelly
Coconut Jelly
Black Diamond
Aloe Vera



OUTLET

Tealive mulakan perjalanan sebagai jenama teh sederhana dari Malaysia. Hari ini, Tealive adalah jenama teh gaya hidup terbesar di Asia Tenggara dengan lebih daripada 800 cawangan di seluruh dunia !
Tealive kini mempunyai lebih daripada 200 cawangan di pasaran Malaysia dimana para kakitangan Tealive harus melayani lebih daripada 2 juta pelanggan setiap bulan.

Antara cafe yang terdekat ialah Tealive Sunway Carnival Penang. Berlokasi di 2F-K03A, Lower Ground Floor, Sunway Carnival Mall, 3068, Jalan Todak, Pusat, 13700 Seberang Jaya, Penang.

Sesetengah cawangan boleh pandu lalu, bawa pulang dan dine-in. Cara pembayaran boleh menggunakan E-wallet, kad kredit ataupun secara tunai. 





TEALIVE APP

Cara mendaftar di aplikasi Tealive untuk pengguna baharu. Boleh dimuat turun di Play Store/App Store terdahulu. Kemudian ikut cara seperti video di bawah.






TPOINTS

Cara memperoleh Tpoints ?

Senang saja, akan dapat Tpoint untuk setiap RM1 yang dibelanjakan melalui Tealive App atau pembelian di kedai. Sila scan kod bar keahlian untuk mendapatkan Tpoint bagi pembelian dalam kedai.

Berapa banyak Tpoint yang akan diperolehi?

Bermula dari 9 Oktober 2023, ahli Tealive akan mendapat sama ada 2, 3 atau 4 Tpoint untuk setiap RM1 yang dibelanjakan, bergantung kepada membership level.






INOVASI

Tealive terus berinovasi, memperkenalkan perisa dan produk baharu, seperti siri Milo Dinosaur yang popular. Syarikat telah menerima teknologi, memperkenalkan pesanan dalam talian dan perkhidmatan penghantaran untuk memenuhi keperluan pelanggan yang berubah-ubah. Antara inovasi terbaharu yang diperkenalkan ialah eco strawless cup.

Eco Strawless Cup :

Yang Pertama di Malaysia. Reka bentuk cawan inovatif yang memegang topping DI ATAS minuman, setiap tegukan kini mengalir lancar dari cawan ke mulut, sekali gus dapat menghapuskan keperluan untuk penyedut minuman. Ini direka agar tiada pembaziran topping



Pulas untuk melaraskan pembuka penutup.

Buka sepenuhnya untuk topping kecil.


Buka separuh untuk topping jelly atau pudding 









Ulasan

Catatan Popular