PENGENALAN
Blog ini menceritakan tentang sebuah perniagaan yang menjual minuman yang berasaskan biji kopi espresso dan makanan ringan seperti pastri , kek dan sandwich . Pada masa kini , kedai kopi sudah tidak asing lagi pada pandangan setiap masyarakat . Ini kerana lambakan kedai kopi yang dibuka dari masa ke semasa di setiap pelosok tempat . Pembukaan kedai kopi dan penjualan minuman yang berasaskan kopi espresso sudah menjadi trend pada masa sekarang . Ia juga secara tidak lansung dapat membuka peluang pekerjaaan kepada segelintir barista yang mempunyai skill membuat kopi tersendiri dapat membuka kedai kopinya tersendiri . Dengan lambakan kedai kopi yang dibuka kini dapat membuka peluang pekerjaan pada para belia.
Oleh itu , di dalam blog kami pada kali ini , kami ingin berkongsi kepada anda semua tentang kedai kopi antara yang terbesar dan digemari oleh masyarakat berbilang kaum yang terdapat di dalam Malaysia dan mempunyai banyak cawangan di serata negeri dan pelosok tempat . Bagaimanakah kedai kopi ini dapat menyatukan hubungan masyarakat ? Hal ini dapat membuatkan masyarakat berhibur antara satu sama lain , berkumpul , berbual , dan membaca secara individu atau berkumpulan . Pelbagai inovasi cara penyediaan serta merta nikmat pahit biji kopi yang telah menjentik peminat dan membuatkan rasa ketagihan terhadap kafein.
Ulasan
Catat Ulasan