PENGENALAN
KEDAI KOPI APA BEST ?? B log ini menceritakan tentang sebuah perniagaan yang menjual minuman yang berasaskan biji kopi espresso dan makanan ringan seperti pastri , kek dan sandwich . Pada masa kini , kedai kopi sudah tidak asing lagi pada pandangan setiap masyarakat . Ini kerana lambakan kedai kopi yang dibuka dari masa ke semasa di setiap pelosok tempat . Pembukaan kedai kopi dan penjualan minuman yang berasaskan kopi espresso sudah menjadi trend pada masa sekarang . Ia juga secara tidak lansung dapat membuka peluang pekerjaaan kepada segelintir barista yang mempunyai skill membuat kopi tersendiri dapat membuka kedai kopinya tersendiri . Dengan lambakan kedai kopi yang dibuka kini dapat membuka peluang pekerjaan pada para belia. O leh itu , di dalam blog kami pada kali ini , kami ingin berkongsi kepada anda semua tentang kedai kopi antara yang terbesar dan digemari oleh masyarakat berbilang kaum yang t...